Calon Teluk Kemang S._Sothinathan

Nama beliau menanjak secara mendadak selepas menang Pilihan raya kecil Teluk Kemang 2000 menewaskan Ruslan Kasim dari Keadilan pada 10 Jun 2000. Ketika itu beliau berusia 40 tahun dan menjadi setiausaha politik Datuk Seri Samy Vellu. Beliau memang mudah kerana orang Melayu Teluk Kemang termasuk tentera menyokong Menteri Besar Negeri Sembilan ,Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad.Isu yang dibangkitkan ketika ialah saham Telekom dalam Maika Holding dan peranan Sothinathan dalam episod itu. Pampasan akibat wabak JE kepada penternak Cina di Bukit Pelanduk dan lain-lain juga dibangkitkan.[1]

Dalam pilihan raya 2004, Sothi menang lagi dengan majoriti 17,777 undi.

Pada 8 Mac 2008, dalam pilihan raya Teluk Kemang, beliau tewas kepada calon PKR iaitu Datuk Kamarul Bahrin Abbas dari PKR dengan majoriti sebanyak 2,804 undi. Kamarul memperolehi 23,348 undi berbanding Sonthinathan memperolehi hanya 20,544 undi.